- This event has passed.
Kedah Youth Chess Championship (KYCC) 2026

(Pemilihan Wakil Kedah Ke National Youth Chess Championship 2026)
Bawah 8, Bawah 10, Bawah 12, Bawah 14, Bawah 16 dan Bawah 18 (Lelaki dan Perempuan)
PERATURAN & PERATURAN AM
1. Kedah Youth Chess Championship (KYCC) 2026 adalah acara individu yang dibahagi kepada 6 kategori (Peringkat umur) – Bawah 08, Bawah 10, Bawah 12, Bawah 14, Bawah 16, dan Bawah 18 (Lelaki dan Perempuan).
2. Kejohanan ini adalah peringkat negeri dan akan menggunakan Undang-undang FIDE.
3. Tiada had penyertaan. Terbuka kepada semua pemain yang tinggal dan belajar di negeri Kedah yang memenuhi kriteria umur. bagi setiap kategori.
4. Keputusan Arbiter adalah muktamad.
PENYERTAAN
1. Terdapat 6 kategori iaitu Bawah 08, Bawah 10, Bawah 12, Bawah 14, Bawah 16 dan Bawah 18 dengan pairing berasingan bagi lelaki dan perempuan.
2. Kelayakan pemain untuk setiap kumpulan umur – berdasarkan tarikh lahir, adalah seperti berikut:
Bawah-08: Lahir pada atau selepas 1 Januari 2018
Bawah 10: Lahir pada atau selepas 1 Januari 2016
Bawah 12: Lahir pada atau selepas 1 Januari 2014
Bawah 14: Lahir pada atau selepas 1 Januari 2012
Bawah 16: Lahir pada atau selepas 1 Januari 2010
Bawah 18: Lahir pada atau selepas 1 Januari 2008
3. Pemain mesti mempunyai ID MCF apabila dipilih mewakili negeri Kedah ke NYCC .
PENDAFTARAN:
Registration: https://forms.gle/GS9s4hdXmXscaiDGA
Players list: https://tinyurl.com/3bna34aj
YURAN PENYERTAAN
Yuran Penyertaan ialah RM45 setiap pemain dan bukti pembayaran hendaklah disertakan semasa melengkapkan pendaftaran.
Semua pembayaran hendaklah dibuat ke Akaun PERCAK seperti berikut:-
Nama Akaun : PERSATUAN CATUR NEGERI KEDAH (PERCAK)
Nama Bank : MAYBANK
Nombor Akaun : 552022658824
Yuran penyertaan TIDAK AKAN DIPULANGKAN (No Refund) sekiranya menarik diri daripada kejohanan ini.
FORMAT KEJOHANAN
1. Jumlah pusingan: 5 atau 6 Pusingan (tertakhluk kpd jumlah penyertaan)
2. Sistem digunakan: Swiss sistem
3. Kawalan Masa: 25 minit + 0 saat
4. Masa Menunggu: 15 minit
5. Tie Break: 1. Personal Encounter 2. Buchholz Cut 1, 3. Buchholz, 4. Sonneborn Berger, 5. Cumulative
Jika jumlah pemain dalam kategori kurang daripada 10, PERCAK berhak untuk mengumpulkan pemain daripada dua atau lebih peringkat umur/jantina ke dalam satu kategori.
TARIKH TUTUP
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Rabu , 28 Januari 2026.
HADIAH
Setiap kategori Lelaki dan Perempuan akan diberi hadiah seperti berikut:
Johan : Trofi + Sijil
Kedua : Medal + Sijil
Ketiga : Medal + Sijil
Keempat : Medal + Sijil
Kelima : Medal + Sijil
Sijil penyertaan (e-certificate) akan diberi kepada semua peserta.
PEMILIHAN KE NATIONAL YOUTH CHESS CHAMPIONSHIP 2026 (WAKIL NEGERI KEDAH)
Juara dan naib juara setiap peringkat umur dan kategori akan dipilih mewakili negeri Kedah untuk menyertai National Youth Chess Championship 2026 di UTP, Perak pada 6hb Februari hingga 8hb Februari 2026.
Elaun makan Dan yuran pendaftaran akan diberi kepada peserta yang dipilih ke NYCC (Tertakluk kepada jumlah penyertaan di KYCC)
Sijil penghargaan peringkat negeri daripada PERCAK akan diberi kepada peserta yang mewakili negeri Kedah.
Sebarang pertanyaan sila hubungi: En.Nazli 019-4120130 @Revin 016-3912777 @ En.Syed 019- 4641001
