Kedah Youth Chess Champioship 2025

Kedah Youth Chess Championship 2025 anjuran PERCAK yang telah diadakan pada 18 Januari 2025 bertempat di Dewan Serbaguna KBS, Alor Setar telah berlangsung dengan jayanya. Kejohanan yang menghimpunkan lebih daripada 230 pemain daripada pelbagai peringkat umur ini melibatkan kategori U8, U10, U12, U14, U16 dan U18 (Lelaki & Perempuan). Penganjuran ini bukan sahaja berjaya mencungkil bakat-bakat muda dalam sukan catur negeri Kedah, malah memberikan peluang kepada para pemain untuk menimba pengalaman berharga di peringkat kompetitif. Johan dan Naib Johan bagi setiap kategori telah dipilih sebagai wakil rasmi negeri Kedah ke National Youth Chess Championship 2025 yang berlangsung di UTP, Perak dari 31 Januari hingga 2 Februari 2025.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *