Sirkit Catur Remaja Kedah 2025

Sirkit Catur Remaja Kedah 2025 yang berlangsung di Cinta Sayang Resort telah berjaya menghimpunkan para pemain muda berbakat dari seluruh negeri Kedah dalam empat siri kejohanan merangkumi kategori umur Bawah 9, Bawah 12, Bawah 15 dan Bawah 18 tahun. Bermula dengan Siri 1 pada 5 Julai, diikuti Siri 2 pada 19 Julai, Siri 3 pada 16 Ogos dan kemuncaknya Grand Final pada 30 Ogos, program ini bukan sahaja menjadi medan persaingan sengit tetapi juga platform penting untuk mencungkil dan mengasah bakat baharu dalam sukan catur. Kejayaan penganjuran ini mencerminkan komitmen PERCAK dalam memperkukuh pembangunan akar umbi serta memupuk minat generasi muda terhadap sukan intelektual ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *