Coretan Catur YB Hannah Yeoh untuk catur

home header02

Dana Yang Besar Untuk Catur

Yeoh Li Tian layak bergelar Grandmaster pertama negara selepas meraih norm ketiga di Chess Hub – MCF GM IM Invitational Chess Championship 2025 yang baru sahaja melabuhkan tirai di Kuala Lumpur. Gelaran rasmi Grandmaster akan dianugerahkan oleh Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE) sebaik keputusan kejohanan ini dilaporkan secara rasmi.

Pada usia 26 tahun, pencapaian Li Tian ini menjadi inspirasi buat belia Malaysia bahawa dengan usaha berterusan dan sokongan sistemik, kejayaan di pentas dunia adalah sesuatu perkara yang tidak mustahil.

Catur merupakan antara sukan yang baharu digazetkan di bawah Jadual Pertama, Akta Pembangunan Sukan 1997 mulai Mac 2023. Sejak itu, Kementerian Belia dan Sukan telah menyalurkan sokongan pembangunan catur melalui:

•⁠ ⁠RM50,180 (Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara)

•⁠ ⁠RM319,000 (Geran Padanan Sukan)

•⁠ ⁠RM727,200 (Dana Sukan Komuniti)

Pencapaian hari ini membuktikan impak positif dasar sukan negara dalam membuka ruang untuk lebih ramai belia Malaysia mencipta kejayaan luar biasa.

copypaste dari page YB Hannah Yeoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *